Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Februari 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Februari 2026.
 

Bekas setiausaha politik, isteri direman bantu siasatan rasuah

Bekas setiausaha politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka dan isterinya direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah.


Selangor henti beri lesen ternak babi, ladang sedia ada ditutup berperingkat

Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk menghentikan pemberian lesen baharu penternakan babi di seluruh negeri berkuat kuasa serta-merta, selaras dengan titah terbaharu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Isu rumah ibadat: Watak-watak tiup sentimen agama, kaum akan didedah kepada Kabinet - Saifuddin

Ada pihak tertentu cuba memanipulasi isu rumah ibadat dengan memainkan sentimen agama dan kaum demi meraih keuntungan politik jangka pendek, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

 

Mayat wanita dikerat: Polis sahkan ada penemuan baharu

Polis Kota Kinabalu mengesahkan penemuan beberapa anggota badan dipercayai milik wanita di kawasan tapak pembuangan sampah di Taman Indah Permai, Sepanggar, Kota Kinabalu, pagi ini.

 

 

 

Must Watch Video