SEBUAH video Facebook yang memaparkan blogger kontroversi Papagomo menampar, menumbuk, dan menendang seorang pekerja asing kini viral.
Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris dalam kiriman tersebut menjelaskan tindakan tersebut diambil selepas pekerja asing berkenaan didakwa melakukan gangguan seksual ke atas dua adik perempuannya dan dua rakan mereka.
Video yang dimuat naik Rabu lalu memaparkan Papa Gomo meminta pekerja asing terlibat dicam oleh adik perempuannya yang tidak kelihatan dalam video.
Setelah dikenal pasti, Papa Gomo mula menumbuk dan menampar lelaki berkenaan sambil memberi amaran kepadanya agar menghormati rakyat negara ini.
Papa Gomo mempertahankan tindakannya sebagai seorang abang yang melindungi adik dan memberi alasan sukar untuk mengheret pekerja asing ke muka pengadilan atas tuduhan gangguan seksual.
Video berkenaan setakat ini telah ditonton lebih 1.3 juta kali di Facebook dengan lebih 52 ribu like dan dikongsi hampir 28,000 kali.
Tahun lalu, Papa Gomo pernah ditahan di bawah Akta Hasutan berhubung kes rusuhan di Plaza Low Yat.
BACA: Gaduh Low Yat: Penulis blog Papa Gomo dibebaskan dari tahanan polis
BACA: Akui kini hanya nelayan, Papa Gomo mohon bayar RM100 sebulan kepada Anwar