Skip to main content

Malaysia

Bayi perempuan ditemukan di hadapan rumah di Simpang Empat

61737265430_BAYIPEREMPUAN.jpg
KANGAR: Seorang bayi perempuan dibaluti tuala dan diletakkan dalam beg plastik beralaskan kain pelikat ditemukan di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat dekat sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata pihaknya menerima maklumat pada 8.35 pagi melalui panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa menemukan bayi itu di hadapan rumahnya.

"Keadaan bayi sihat, dan tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini. Bayi berkenaan dibawa untuk rawatan dan akan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusharifuddin berkata polis menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

-- BERNAMA



Must Watch Video