Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Trump akui perjanjian Iran belum dimuktamadkan sepenuhnya

Israel Ambassador to the U.S. Yechiel Leiter, U.S. Ambassador to Lebanon Michel Issa, Lebanon Ambassador to the U.S. Nada Hamadeh Moawad, U.S. President Donald Trump, U.S. Secretary of State Marco Rubio, U.S. Ambassador to Israel Mike Huckabee and U.S. Vice President JD Vance hold a briefing in the Oval Office at the White House in Washington, D.C., U.S., April 23, 2026. REUTERS/Kylie Cooper TPX IMAGES OF THE DAY
Kenyataan terbaharu itu menunjukkan masih wujud ketidaktentuan mengenai hasil rundingan. - Foto fail/REUTERS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengakui bahawa perjanjian dengan Iran masih belum dimuktamadkan sepenuhnya walaupun rundingan menunjukkan kemajuan.

Trump berkata beberapa aspek utama telah dipersetujui, namun terdapat butiran tertentu yang masih dalam proses perbincangan sebelum sebarang pengumuman rasmi dapat dibuat.

Menurut Trump, kedua-dua pihak masih berunding bagi menyelesaikan perkara penting termasuk isu keselamatan dan program nuklear Iran.

Beliau sebelum ini menegaskan bahawa perjanjian tersebut bertujuan memastikan Iran tidak memperoleh senjata nuklear, selain membantu menstabilkan ketegangan di Asia Barat.

Kenyataan terbaharu itu menunjukkan masih wujud ketidaktentuan mengenai hasil rundingan, meskipun sebelum ini Trump mendakwa perjanjian berkenaan hampir dicapai.

Perbezaan pendirian antara Washington dan Tehran terhadap beberapa isu utama, termasuk sekatan ekonomi dan kawalan laluan strategik seperti Selat Hormuz, dilihat sebagai antara cabaran terbesar.

Perkembangan rundingan ini terus menjadi perhatian masyarakat antarabangsa, memandangkan sebarang perjanjian berpotensi memberi kesan besar kepada keselamatan serantau serta pasaran tenaga global.

Pemerhati menjangkakan rundingan akan diteruskan dalam tempoh terdekat bagi mencari jalan penyelesaian yang dipersetujui kedua-dua pihak.

 

 

Must Watch Video

Advertisement