Skip to main content

Malaysia

Bayi perempuan dijumpai di tangga flat

51539694686_Bayi.jpg
Penduduk di Flat Desa Permai, di sini, menemui bayi perempuan yang ditinggalkan di tangga flat berkenaan, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memaklumkan telah menjumpai bayi tersebut pada jam 11.15 malam sebelum membawanya ke balai polis berhampiran.

“Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui dalam sebuah beg warna emas dan lengkap berpakaian serta  dibedung,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Must Watch Video