Skip to main content

Malaysia

Banjir: Pejabat JPN Bachok, Tumpat ditutup sementara

51763880247_tbpejabatJPNBachok.jpg
KOTA BHARU: Operasi pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) daerah Bachok dan Tumpat ditutup buat sementara waktu bermula hari ini berikutan banjir.

JPN memaklumkan orang ramai yang mempunyai urusan berkaitan jabatan itu diminta hadir ke cawangan berdekatan.

"Orang ramai juga boleh menghubungi Bahagian Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) dan korporat JPN Negeri Kelantan melalui talian 09-7441717/09-7482793. Operasi semula pejabat yang terkesan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," menurut JPN dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA





Must Watch Video