BALING: Daerah Baling di Kedah sekali lagi dilanda banjir kilat mengakibatkan 81 keluarga terjejas di empat mukim pada Ahad.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan Mukim Baling, Pulai, Siong dan Kupang dinaiki air.
βHujan lebat berterusan menyebabkan air Sungai Ketil dan Kupang melimpah dan air setinggi 0.5 hingga satu meter memasuki ke penempatan penduduk.
βAntara kampung terjejas adalah Kampung Bendang Sera, Sungai Batu, Seberang Pekan, Lubuk Pedati, Belakang Masjid Baling, Taman Bayu Indah dan Taman Berlian dalam Mukim Baling.
βManakala di Mukim Pulai, Kampung Tok Weng, Tok Mat Ali dan di Mukim Siong, Kampung Kampung Siput dan Memali,β katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Faizol berkata Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang, turut dinaiki air namun telah surut jam 10 pagi tadi.
Pihak APM sedang melakukan pemantauan berterusan dan setakat ini tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.