Skip to main content

Malaysia

Awang Putrayusrie Pengarah UKAS baharu

61736479716_UKAS.jpg
KUCHING: Bekas Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak, Awang Putrayusrie Awang Redzuan dilantik sebagai Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang baharu.

UKAS dalam satu kenyataan memaklumkan lantikan tersebut berkuat kuasa 2 Jan lepas.

Awang Putrayusrie menggantikan Samuel Simon yang dilantik sebagai Setiausaha Akhbar Kanan kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak.

"Simbolik penyerahan tugas (antara Awang Putrayusrie dan Samuel) disaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol pada Khamis (2 Jan)," menurutnya. - BERNAMA




Must Watch Video