Skip to main content

Malaysia

ATM perlu sentiasa dilengkapi teknologi pertahanan terkini - Agong

51751080678_TBYDPAIstiadatPer.jpg
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah memberikan peringatan kepada pucuk pimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bahawa peralatan serta persenjataan terkini adalah amat mustahak.

Sultan Ibrahim yang juga Pemerintah Tertinggi ATM bertitah, adalah amat penting untuk pasukan keselamatan negara itu supaya sentiasa bersedia dan dilengkapi dengan teknologi pertahanan terkini bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Peperangan ini juga melihatkan bagaimana Iran dan Israel dengan mudah menggunakan  maklumat yang diperolehi syarikat teknologi awam, aplikasi  pintar dan media sosial untuk serangan.

"Oleh sebab itu adalah amat penting ATM  untuk sentiasa bersedia  dan dilengkapi dengan teknologi pertahanan terkini bagi menghadapi sebarang kemungkinan.Ini kerana kita tidak tahu siapakah lawan dan siapakah lawan," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet ATM Tahun 2025 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong turut menegur mengenai budaya penggunaan media sosial dalam kalangan anggota tentera.

Tegas baginda, tidak semua maklumat perlu dikongsikan.

"Janganlah memuat naik semua perkara termasuk maklumat berhubung  organisasi, penempatan pasukan, lokasi gerakan dan lain-lain maklumat sensitif mengenai ATM.

"Saya mahu perkara ini dihentikan serta-merta. Guna akal dan fikiran.

"Jangan kita mendedahkan pelbagai perkara untuk tontonan umum. Adalah lebih baik kita beringat, supaya tidak menyesal kelak kemudian hari," titah baginda lagi.









Must Watch Video