Skip to main content

Malaysia

Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya dan lapan negeri hingga 9 malam

heavy rain on roof of wooden house, rainy season -- Adobe Stock Image
Keadaan cuaca yang sama dijangka melanda keseluruhan Perak, Selangor dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh dan Rompin). - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda Kuala Lumpur, Putrajaya serta lapan negeri hingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu dijangka berlaku di seluruh Perlis dan kebanyakan kawasan di Kedah, iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

Keadaan cuaca yang sama dijangka melanda keseluruhan Perak, Selangor dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh dan Rompin).

Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan bagi Johor (Segamat, Kluang dan Mersing) dan Sarawak melibatkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Tebedu), Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit, Bintulu, Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Sementara itu, di Sabah kawasan terlibat ialah Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau dan Sandakan (Tongod).

-- BERNAMA

Must Watch Video