Skip to main content

Malaysia

Agong berangkat pulang selepas mengakhiri lawatan khas di Moscow

YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT PULANG SELEPAS MENGAKHIRI LAWATAN KHAS DI MOSCOW  KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas mengakhiri lawatan khas di Moscow, Persekutuan Rusia.  Seri Paduka Baginda berangkat tiba ke Moscow pada Rabu lalu (6 Mei), di atas jemputan khas Kerajaan Persekutuan Rusia sebagai tetamu kehormat sambutan  Ulang Tahun Hari Kemenangan, yang berlangsung semalam (9 Mei).  Jemputan khas daripada TYT Presiden Vladimir V Putin kepada Seri Paduka Baginda untuk b
Pesawat peribadi Seri Paduka Baginda berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo-2, Moscow pada 3.30 petang waktu tempatan Rusia, pada Ahad. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat pulang ke tanah air selepas mengakhiri lawatan khas di Moscow, Rusia.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat peribadi Seri Paduka Baginda berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo-2, Moscow pada 3.30 petang waktu tempatan Rusia, pada Ahad.

Seri Paduka Baginda berangkat tiba di Moscow pada Rabu lepas atas undangan khas kerajaan Rusia sebagai tetamu kehormat sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan yang berlangsung semalam.

Undangan khas daripada Presiden Rusia Vladimir V Putin kepada Seri Paduka Baginda untuk berangkat ke sambutan itu mencerminkan pengiktirafan tertinggi kerajaan Rusia terhadap Malaysia.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video