Skip to main content

Malaysia

200 warga asing diperiksa menerusi Ops 'Omnipresent' - JIM Selangor

JIM, OMNIPRESENT, FB Imigresen Selangor
Sejumlah 16 pegawai imigresen negeri terlibat dalam operasi bagi memastikan pematuhan undang-undang imigresen serta memelihara ketenteraman awam sepanjang musim perayaan. - Facebook Imigresen Selangor

SHAH ALAM: Jabatan Imigresen (JIM) Selangor memeriksa 200 warga asing di beberapa lokasi tumpuan di sekitar negeri ini bermula Jumaat hingga hari ini menerusi Ops ‘Omnipresent’.

Pengarah JIM Selangor Khairrul Aminus Kamaruddin berkata antara hotspot termasuk sekitar hentian bas di Pelabuhan Klang, Terminal Bas Klang, Kawasan 13 Klang, Dataran Otomobil Seksyen 15 dan Pasar Taman Sri Muda di Shah Alam serta Pasar Borong Selayang dan Mentari Court, Petaling Jaya.

Beliau berkata sejumlah 16 pegawai imigresen negeri terlibat dalam operasi bagi memastikan pematuhan undang-undang imigresen serta memelihara ketenteraman awam sepanjang musim perayaan. 

“Jabatan ini akan terus mempergiat penguatkuasaan secara berterusan dan menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti yang mencurigakan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata operasi terbabit dilaksanakan menggunakan kenderaan rasmi jabatan dilengkapi lampu beacon dalam menegaskan kehadiran penguat kuasa serta memberikan keyakinan kepada masyarakat terhadap usaha pemantauan yang dijalankan. 

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video