Skip to main content

Hiburan

Shila Amzah lancar album Mandarin selepas album melayu

41353225060_295x200.jpg
Shila Amzah membuat keputusan untuk melancarkan album Mandarinnya hanya selepas mempromosikan album Melayu. 

Shila ingin memberi tumpuan kepada album melayunya yang berjudul Shila Amzah itu hanya akan dipasarkan selepas raya.

Album Mandarinnya masih lagi dalam pembikinan  kerana Shila terpaksa berulang alik dari Malaysia ke China.

Shila diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu tema program Chinese Idol dan semakin popular di sana.

Dia bakal menyampaikan lagu itu secara langsung pada pertandingan akhir Chinese Idol pada 25 Ogos.

Shila mencipta populariti di China selepas menjuarai program realiti Asian Wave tahun lalu.

Must Watch Video