Skip to main content

Hiburan

'Saya akan kembali', J-Hope BTS mula khidmat tentera hari ini

61681813961_TBjHope.jpg
SEOUL : Anggota kumpulan K-pop popular BTS, J-Hope memulakan perkhidmatan tentera di Korea Selatan pada Selasa.

Beliau merupakan anggota kedua yang menyertai perkhidmatan wajib negara itu selepas seorang lagi anggota BTS, Jin.

Lapor Reuters, Kelibat J-Hope atau nama sebenar Jung Ho-Seok dilihat memasuki tempat pendaftaran tentera di bandar Wonju, yang terletak kira-kira 87 kilometer dari bandar raya Seoul.

Beliau menerusi perkongsian platform peminat Weverse pada Isnin dalam kapsyennya berkata, beliau akan kembali diiringi gambar rambutnya yang telah dibotakkan.

Di Korea Selatan, semua lelaki sihat tubuh badan berusia 18-28 tahun diwajibkan untuk berkhidmat dalam tentera selama 18 hingga 21 bulan. -- Agensi

Must Watch Video