Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Robert Downey Jr. godam sistem lampu Eiffel Tower

81461059683_IronManRobert.jpg
PELAKON Robert Downey Jr. berjaya godam sistem lampu Eiffel Tower di Paris untuk menyalakan lampu bertemakan warna Iron Man iaitu merah dan emas.

Namun ini semua sebahagian daripada promosi oleh pihak Marvel Entertainment sebelum tayangan filem ‘Captain America: Civil War’.

Video yang dimuat naik di YouTube menunjukkan Downey Jr. di kawasan Eiffel Tower sambil memegang peranti yang mengawal sistem lampu struktur ikonik itu. 

“Team Cap... bagaimana anda akan tandingi itu? Anda akan kalah,” kata Downey Jr. pada penghujung video itu.

Sumber: YouTube/Marvel Entertainment 
 
Filem ini mengisahkan Captain America membentuk skuad supehero kecil sendiri, yang berkerjasama dengan kawan barunya Flacon.

Konflik ini berlaku apabila perpecahan Avengers diantara Tony ‘Iron Man’ dan Captain America bertentangan antara satu sama lain dan Bucky di tengah pergolakan mereka.

Marvel Studio menampilkan pelakon hebat antaranya Chadwick Boseman sebagai  Black Panther, Jeremy Renner sebagai  Hawkeye, Paul Rudd sebagai  Ant Man, Elizabeth Olsen sebagai  Scarlett Witch, and Paul Bettany sebagai  The Vision.

Filem ‘Captain America : Civil War’ bakal mula ditayangan pada 28 April 2016.

Must Watch Video