Skip to main content

Hiburan

'Raya ni kami beraya bertiga!' - Achey ambil anak angkat

41528876844_acheyanakangkat.jpg
SYAWAL ini bakal menjadi lebih bermakna buat pelawak Achey dan isteri apabila dapat bersama anak angkat mereka.

Achey menerusi akaun Instagram (IG) miliknya memberitahu penantian mereka selama lapan tahun untuk mempunyai cahaya mata telah berakhir dengan kahadiran bayi perempuan tersebut.

Bayi perempuan yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir itu diambilnya sejak 6 Ramadan lalu.

Ahli kumpulan Bocey itu turut meminta mendoakan kesejahteraan serta kesihatan anaknya itu.

Achey gembira kerana Syawal ini dapat beraya bertiga bersama Nur Tiara.

Pelawak itu turut memuat naik foto bersama anak angkat perempuannya itu.
 

Must Watch Video