Skip to main content

Hiburan

Beyonce: Pendedahan satu terapi

71360890237_295x200.jpg
Seorang yang sangat berahsia penyanyi  Beyonce mengakui bercakap dengan kamera memberikannya ketenangan ibarat satu terapi. 

Diva R&B itu mendedahkan segalanya menerusi dokumentari arahan beliau sendiri, "Life is but a Dream". 

Dokumentari itu turut menghimpunkan rakaman-rakaman peribadinya sejak beberapa tahun lalu.

Antara perkara sulit yang didedahkan termasuk keguguran kandungan, laporan kehamilannya yang didakwa palsu serta keputusan memecat bapanya sebagai pengurus. 

Isteri kepada penyanyi rap Jay-Z itu juga berharap pendedahan tersebut mampu memberi inspirasi kepada anaknya, Blue Ivy yang berusia satu tahun apabila dia dewasa kelak. 

Tayangan perdana untuk dokumentari itu berlangsung di New York 2 hari lalu.

Must Watch Video