Skip to main content

Hiburan

Anggota BTS, J-Hope, bakal sertai khidmat tentera

41680355777_TBjHope.jpg
Anggota kumpulan K-pop BTS, J-Hope, membatalkan permohonan untuk menangguhkan pendaftaran menyertai perkhidmatan tentera, menurut ejen kumpulan itu pada Ahad.

BigHit Music tidak memberikan tarikh beliau akan menyertai perkhidmatan itu dan pengumuman akan dibuat sebaik notis pendaftaran diperoleh.

Keputusan itu dibuat dua bulan selepas Jin, anggota tertua BTS, menyertai perkhidmatan itu.

Kesemua tujuh anggota kumpulan K-pop itu merancang untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Di Korea Selatan, semua lelaki yang sihat tubuh badan diwajibkan berkhidmat dalam pasukan tentera selama kira-kira dua tahun.

--BERNAMA

Must Watch Video