Skip to main content

Dunia

Wanita tikam suami dan empat anak sehingga mati didakwa membunuh

51499397142_bapabunuhanak.jpg
Seorang wanita Georgia di Atlanta, Amerika Syarikat yang dipercayai menikam empat orang anaknya dan suaminya sehingga mati pada Khamis dituduh atas lima dakwaan bunuh hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang lagi anak tertuduh turut mengalami kecederaan parah akibat turut ditikam.

Dalam satu kenyataan, pejabat Polis Gwinnett berkata Isabel Martinez, 33, ditemui dengan mayat anggota keluarganya dalam sebuah rumah di Loganville sebuah bandar kecil ke timur Atlanta.

Martinez turut didakwa dengan lima tuduhan "berniat jahat untuk membunuh" dan enam tuduhan serangan.

Martinez kini ditahan tanpa diberikan sebarang jaminan.

 

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak memberikan sebarang petunjuk tentang motif sebenar kejadian.

Walau bagaimanapun, jiran-jiran wanita itu memberitahu The Atlanta Journal-Constitution bahawa ayah wanita itu telah meninggal dunia baru-baru ini.

Must Watch Video