Skip to main content

Dunia

Tumpuan sidang media Trump-Netanyahu di White House

71759179981_DonaldTrumpBenjam.jpg
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengadakan sidang media bersama di White House, di sini, pada Isnin (waktu tempatan) dengan kedua-dua pemimpin itu bersetuju dengan cadangan 20 perkara mengenai masa depan Gaza.

Berikut antara tumpuan utama sidang media berkenaan:

* Trump menggesa pasukan pejuang Palestin, Hamas menerima terma pelan tersebut dan yakin kumpulan itu akhirnya akan bersetuju.

* Netanyahu menegaskan jika Hamas enggan menerima atau berpatah balik daripada perjanjian itu, Israel akan “menyelesaikan tugas itu sendiri.”

* Netanyahu menyifatkan pelan tersebut sebagai laluan “realistik” ke hadapan di Gaza dan ia mencapai “matlamat peperangan” Israel.

* Pengunduran Israel dari Gaza akan dilakukan secara berperingkat dan bergantung kepada tahap pelucutan senjata Hamas.

* Trump dan Netanyahu pemimpin mengesahkan penubuhan sebuah badan pemantau antarabangsa, pembentukan kerajaan dipimpin Palestin, serta penghentian permusuhan di Gaza.




Must Watch Video