Skip to main content

Dunia

Trump dijangka terima pencalonan Republikan selepas keputusan pemilihan pendahuluan

81708309395_TBDonaldTrumpjp.jpg
WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump secara tidak rasmi telah memperoleh cukup sokongan perwakilan untuk menjadi calon presiden bagi Parti Republikan dalam pilihan raya presiden AS.

Ini selepas Trump meraih beberapa kemenangan dalam pemilihan pendahuluan Republikan yang diadakan pada Selasa, menurut unjuran NBC News, lapor Sputnik.

Trump mencapai 1,215 perwakilan yang diperlukan untuk pencalonan Republikan selepas dijangka menang di Georgia, Mississippi dan Washington pada Selasa malam.

Presiden AS Joe Biden juga memperoleh sokongan perwakilan yang diperlukan untuk pencalonan Demokrat selepas pemilihan pendahuluan pada Selasa.

Keputusan itu mengulangi pertembungan antara Biden dan Trump dalam Pilihan Raya Presiden AS pada November.

-- BERNAMA

Must Watch Video