Skip to main content

Dunia

Tiga maut, dua cedera dalam insiden tembakan di Wisconsin

71634744438_CrimeScene.jpg
TIGA terbunuh dan dua cedera parah dalam satu kejadian tembakan di bandar Kenosha di Wisconsin, Amerika Syarikat, lapor Sputnik.

"KPD (Jabatan Polis Kenosha) kini berada di lokasi kejadian. Kami sahkan tiga orang maut manakala dua lagi mangsa dibawa ke hospital. Kedua-duanya dalam keadaan kritikal. KPD percaya ini kes terpencil dan tidak mendatangkan ancaman kepada masyarakat," menurut KPD di Twitter pada Rabu.

Siasatan lanjut mengenai kejadian sedang dijalankan.

-- BERNAMA

Must Watch Video