Skip to main content

Dunia

Syria umum keputusan pilihan raya Parlimen pertama sejak kejatuhan Assad

71759768366_parliamentinSyria.jpg
ISTANBUL: Suruhanjaya pilihan raya Syria pada Isnin mengumumkan keputusan rasmi pilihan raya Parlimen pertama negara itu sejak kejatuhan rejim Bashar al-Assad, lapor Anadolu Ajansi.


Ringkasan AI
  • Suruhanjaya pilihan raya Syria mengumumkan keputusan rasmi pilihan raya Parlimen pertama sejak kejatuhan rejim Bashar al-Assad.
  • Dua pertiga kerusi Parlimen dipilih melalui undian, manakala baki satu pertiga akan dilantik oleh Presiden Ahmad al-Sharaa.
  • Seramai 1,578 calon bertanding merebut 210 kerusi, termasuk 14 peratus calon wanita.


Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Pilihan Raya Nawar Najmeh berkata pada sidang akhbar di Damsyik bahawa keputusan bagi dua pertiga kerusi Parlimen adalah muktamad dan tidak tertakluk kepada rayuan.

Beliau berkata Presiden Ahmad al-Sharaa akan melantik baki satu pertiga kerusi Parlimen.

"Proses ini tidak berkaitan dengan badan pilihan raya," tambahnya.

Pengundi Syria keluar mengundi pada Ahad bagi memilih dua pertiga perwakilan Parlimen, dalam pilihan raya pertama sejak kejatuhan Assad pada Disember 2024.

Seramai 1,578 calon bertanding bagi merebut 210 kerusi Parlimen, dengan wanita merangkumi 14 peratus daripada jumlah calon.

-- BERNAMA

Must Watch Video