WASHINGTON: Sistem pertahanan udara Emiriah Arab Bersatu (UAE) sedang giat memintas peluru berpandu dan dron yang dilancarkan dari Iran, menurut Kementerian Pertahanan pada awal Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Menerusi hantaran di X, kementerian itu mengesahkan bahawa bunyi yang didengar di beberapa bahagian negara itu berpunca daripada sistem pertahanan udara yang memintas peluru berpandu balistik serta jet pejuang yang memintas dron.
لقطات تظهر اعتراض وتدمير الدفاعات الجوية الإماراتية طائرات مسيّرة إيرانية حاولت استهداف الدولة.
لا تهاون بأمن الوطن وسيادته... والقوات المسلحة الإماراتية جاهزة لردع أي تهديد.
Footage showing the UAE’s air defences intercepting and destroying Iranian UAVs that attempted to… pic.twitter.com/vvHmZkcBri— وزارة الدفاع |MOD UAE (@modgovae) March 8, 2026
Perkembangan itu berlaku ketika ketegangan serantau semakin memuncak sejak 28 Feb lepas apabila AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran yang mengorbankan lebih 1,200 orang, termasuk Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei.
Iran melancarkan serangan balas menggunakan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.
-- BERNAMA-ANADOLU