Skip to main content

Dunia

Satelit pemerhatian bumi Korea Selatan dilancarkan dari pangkalan AS

SEOUL, May 3 (Bernama-Yonhap) -- A South Korean Earth-observation satellite has been launched into low- Earth orbit from a US base, Yonhap News Agency reported. SpaceX launched a Falcon 9 rocket from Vandenberg Space Force Base in Santa Barbara County, California, at 11.59 pm Saturday (local time), carrying 45 payloads.
SpaceX melancarkan roket Falcon 9 dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di Santa Barbara County, California, pada 11.59 malam Sabtu. - Bernama

SEOUL: Sebuah satelit pemerhatian bumi Korea Selatan dilancarkan ke orbit bumi rendah dari pangkalan Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Yonhap.

SpaceX melancarkan roket Falcon 9 dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di Santa Barbara County, California, pada 11.59 malam Sabtu (waktu tempatan), membawa 45 muatan.

Misi itu dinamakan sebagai CAS500-2, sempena satelit utama yang dipanggil Compact Advanced Satellite (CAS) 500-2 daripada Korea Aerospace Industries.

Satelit bersaiz sederhana generasi seterusnya No. 2 telah dibangunkan untuk pemantauan bencana dan pemerhatian pertanian.

CAS500-2 pada asalnya dijadual dilancarkan pada roket Soyuz Rusia pada 2022 namun penempatan itu ditangguhkan berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

-- BERNAMA-YONHAP

 

Must Watch Video