Skip to main content

Dunia

Rungut azan 'menyakitkan telinga', wanita dipenjara 18 bulan

81534994778_MEILIANA.jpg
Seorang wanita di Indonesia dijatuhi hukuman penjara 18 bulan, hari ini kerana merungut tentang laungan azan terlalu kuat.

Meiliana, 44 tahun, didapati bersalah kerana menghina Islam selepas dia meminta masjid di kawasan kejiranannya memperlahankan sistem pembesar suara laung azan atas alasan 'menyakitkan telinganya'.

Mahkamah di bandar Medan di Pulau Sumatera memberitahu rungutan wanita itu turut mencetuskan rusuhan ganas di kawasan kejiranan tersebut, kira-kira dua tahun lalu hingga memaksa sebahagian penduduk Cina melarikan diri.

Tahun lalu, bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok dihukum penjara dua tahun kerana menghina Islam selepas beliau didapati bersalah menggunakan ayat al-Quran dalam ucapannya ketika berkempen. - AFP


Must Watch Video