Skip to main content

Dunia

Rompakan gagal, perompak dan tebusan ditembak mati

41520073491_rompakbankrio.jpg
Hasrat sekumpulan perompak untuk keluar dari bank yang dirompak mereka dengan selamat tidak kesampaian apabila seorang daripada mereka berjaya ditembak mati oleh pihak polis Brazil.

Bagaimanapun, seorang daripada tebusan turut terbunuh dalam insiden yang berlaku di Rio de Janeiro pada Jumaat.

Empat daripada perompak berkenaan bertindak menyerah diri kepada polis selepas menyedari dikepung dan tiada jalan keluar selepas drama tebusan berlanjutan tiga jam.

Dua puluh tebusan juga dilepaskan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Polis Brazil bagaimanapun  tidak mendedahkan siapakah yang menembak mati perompak berkenaan dan juga tebusan itu.



Must Watch Video