Skip to main content

Dunia

Presiden Filipina sahkan Sidang Kemuncak ASEAN diadakan pada Mei

KUALA LUMPUR, Oct 29 -- Philippine President Ferdinand R. Marcos Jr speaks to Bernama in an interview during the 47th ASEAN Summit and Related Summits at the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) yesterday.  --fotoBERNAMA (2025) COPYRIGHT RESERVED
Marcos berkata meskipun krisis minyak yang berterusan berkaitan konflik di Asia Barat, negara anggota ASEAN bersetuju bahawa mesyuarat itu perlu diteruskan. - Bernama

MANILA: Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos mengesahkan bahawa Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 dan Sidang Kemuncak Berkaitan akan diadakan di Cebu dari 8 hingga 9 Mei, menurut laporan media tempatan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Menurut Agensi Berita Filipina, Marcos membuat pengumuman itu di Silang, Cavite, pada Jumaat.

Marcos berkata meskipun krisis minyak yang berterusan berkaitan konflik di Asia Barat, negara anggota ASEAN bersetuju bahawa mesyuarat itu perlu diteruskan.

Beliau berkata perbincangan akan tertumpu kepada bekalan petroleum dan produk petroleum, bekalan serta harga makanan, dan pekerja migran.

Bagaimanapun, beliau berkata sidang kemuncak itu akan diperkecilkan kepada mesyuarat yang disifatkannya sebagai “minimum”.

Filipina memegang jawatan Pengerusi ASEAN bagi 2026.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video