Skip to main content

Advertisement

Dunia

Polis Jerman tahan lelaki cuba bakar masjid

41683704109_handcuff.jpg
BERLIN: Seorang lelaki cuba membakar sebuah masjid di bandar Dresden di tenggara Jerman pada lewat petang Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis.

Suspek berusia 34 tahun itu kemudiannya ditahan untuk disoal siasat.

Motif kejadian belum dapat dipastikan.

Suspek yang sama dikatakan telah membakar al-Quran di sebuah masjid pada April lalu.

-- BERNAMA

Must Watch Video