Skip to main content

Dunia

Pihak berkuasa kosongkan Dataran Taksim

81370563442_295x200.jpg
Sehari selepas Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan bersetuju membekukan rancangan membangunkan semula sebuah taman di Istanbul, pihak berkuasa bertindak mengosongkan Dataran Taksim dengan merobohkan khemah milik penunjuk perasaan.

Beberapa pertempuran kecil turut berlaku antara kumpulan itu dengan pihak berkuasa.

Polis anti rusuhan bertindak selepas arahan mengosongkan taman itu tidak diendahkan kumpulan penunjuk perasaan.

Menurut laporan televisyen kebangsaan NTV, pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air  bagi memaksa kumpulan itu bersurai.

Namun kumpulan berkenaan menegaskan masih tidak bersedia meninggalkan taman Gezi di Istanbul dan akan terus mendiami  taman berkenaan.

Mereka berkeras akan meneruskan perjuangan dan menentang ketidakadilan yang berlaku.

Erdogan sebelum ini merayu agar protes besar-besaran  ditamatkan dengan menawarkan rundingan kepada pemimpin penunjuk perasaan  serta cadangan pungutan suara mengenai rancangan membangunkan taman Gezi itu.

Must Watch Video