SUNGAI PETANI: Seorang maut manakala tiga lagi cedera dalam kejadian letupan sebuah tong gas helium di tapak ekspo berdekatan sebuah pasar raya dekat sini semalam.
Komander Operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani Timbalan Penguasa Bomba II Siti Norafiza Mohd Noh berkata pihaknya menerima panggilan menerusi sistem NG 999 pada 7.52 malam tadi.
“Letupan dipercayai melibatkan satu unit tong gas helium yang digunakan untuk mengisi belon kanak-kanak bagi tujuan perniagaan.
“Setakat ini, seorang lelaki berusia 42 tahun dikenali sebagai Azmi Ahmad dilaporkan meninggal dunia manakala tiga lagi mangsa termasuk remaja lelaki berusia 15 tahun dilaporkan mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan semalami.
Beliau berkata malam tadi operasi masih berjalan di lokasi dan dijangka berlaku pertambahan bilangan mangsa yang mengalami kecederaan.
-- BERNAMA