Skip to main content

Dunia

Pesawat terhempas di Rusia, 4 terbunuh

81624138509_PlaneCrash.jpg
MOSCOW: Sekurang-kurangnya empat maut selepas pesawat yang dinaiki terhempas di wilayah Kemerovo, Rusia.

Menurut pihak berkuasa, 15 yang lain dilaporkan cedera.

Agensi berita tempatan melaporkan pesawat enjin berkembar l-410 itu jatuh berhampiran Lapangan Terbang Tanay.

Ia juga menyebut, pejabat pendakwa tempatan memaklumkan bahawa kru penerbangan ada menghantar isyarat kecemasan berhubung kegagalan enjin.

Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan.

Punca kejadian masih dalam siasatan.


Must Watch Video