Skip to main content

Dunia

Pesawat Air India mendarat cemas selepas terima ancaman bom

51404184756_295x200.jpg
Sebuah pesawat penumpang Air India membuat pendaratan cemas di sebuah lapangan terbang di bandar Bangalore selepas menerima satu ancaman bom pada Isnin malam.

Menurut laporan agensi Xinhua pada Selasa, pesawat yang dalam perjalanan ke New Delhi dari Kochi itu sedang membawa 156  penumpang dan lapan anak kapal.

Semua penumpang kemudiannya dipindahkan keluar dan mereka dikatakan berada di dalam keadaan selamat .

Pasukan pemusnah bom telah dikerahkan untuk menyiasat insiden terbabit.
  

Must Watch Video