Skip to main content

Dunia

Penerbangan tidak terjejas susulan kebakaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai

Chhatrapati Shivaji International Airport
Kebakaran kecil itu berlaku di Terminal 1 dan berpunca daripada litar pintas elektrik. - Foto X/@WeatherMonitors

HYDERABAD: Operasi penerbangan tidak terjejas walaupun berlaku kebakaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj (CSMIA), Mumbai, pada Khamis petang.

Menurut kenyataan pihak lapangan terbang, kebakaran kecil itu berlaku di Terminal 1 dan berpunca daripada litar pintas elektrik.

“Kebakaran berjaya dikawal segera oleh pasukan tindak balas kecemasan dalam tempoh beberapa minit. Operasi lapangan terbang berjalan seperti biasa,” kata seorang jurucakap.

Media tempatan melaporkan kebakaran bermula di bahagian dulang kabel dan panel yang membekalkan kuasa elektrik.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 9.20 malam, kira-kira tiga jam selepas kejadian, namun operasi terjejas seketika akibat kepulan asap di kawasan terlibat.

Laporan turut menyebut beberapa kamera litar tertutup (CCTV) terjejas akibat kebakaran itu, manakala beberapa jejantas udara ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.
 

Must Watch Video