SEOUL: Pasukan pendakwa khas Korea Selatan pada Selasa memohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas Perdana Menteri Han Duck-soo dalam rayuan kes pemberontakannya yang berpunca daripada tindakan bekas Presiden Yoon Suk Yeol mengisytiharkan undang-undang tentera, lapor Agensi Berita Yonhap.
Dalam memohon hukuman itu di Mahkamah Tinggi Seoul, pasukan pendakwa khas yang diketuai Cho Eun-suk mengekalkan tempoh 23 tahun seperti yang dijatuhkan oleh mahkamah rendah pada Januari.
Mahkamah itu sebelum ini mendapati Han bersalah kerana memainkan peranan penting dalam pemberontakan dengan tidak menghalang Yoon daripada mengisytiharkan undang-undang tentera pada 3 Dis 2024.
-- BERNAMA-YONHAP