Skip to main content

Dunia

Pelakon Chalte Chalte Vishal Anand meninggal dunia

61601898920_VishalAnand.jpg
AKTOR Bollywood, Vishal Anand meninggal dunia selepas sekian lama menderita sakit pada Ahad.

Mendiang Vishal atau nama sebenarnya, Bhisham Kohli sepanjang kerjaya seninya pernah bekerjasama dengan nama-nama besar industri filem Bollywood seperti Ashok Kumar, Simi Garewal dan Mehmood.

Vishal pernah mengarah dan menerbitkan beberapa filem Hindi antaranya Chalte Chalte yang turut dibintangi Simi Garewal.

Mendiang Vishal juga pernah membintangi filem seperti Chalte Chalte, SaReGaMaPa, Dil Se Mile Dil dan Taxi Driver.

Must Watch Video