Skip to main content

Dunia

PBB, Macron rayu keganasan di Ghouta dihentikan segera

51512360463_RussiaBomb.jpg
Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu, (PBB) menggesa pertempuran di Timur Ghouta dihentikan segera.

Setiausaha Agung  PBB, Antonio Guterres menyifatkan kempen pengeboman kerajaan di wilayah yang dikuasai pemberontak Syria  itu menjadikan ia 'neraka dunia' bagi  penduduk awam.

"Saya amat sedih dengan penderitaan yang dialami 400,000 penduduk awam di Timur Ghouta. Wilayah itu kini ibarat neraka dunia kepada mereka," katanya kepada Majlis Keselamatan PBB.

Guterres sehubungan itu  merayu kepada semua yang terlibat untuk menghentikan segera aktiviti pertempuran di wilayah itu.

Sementara itu, Presiden Perancis,  Emmanuel Marcon, juga menggesa gencatan senjata diadakan di wilayah itu bagi membolehkan penduduk awam yang terperangkap dalam pertempuran dipindahkan.

Marcon turut  menuduh rejim Presiden Bashar Al-Assad menggunakan kempen memerangi keganasan untuk melindungi tindakannya menyerang penduduk awam.

Kira-kira 400,000 orang awam  terperangkap dalam kepungan dan serangan tanpa henti regim Bashar Al Assad dan Rusia ke atas Timur Ghouta.

Serangan bertubi-tubi dalam tempoh 24 jam sejak Isnin telah mengorbankan ratusan nyawa .

Must Watch Video