Skip to main content

Dunia

PBB beri amaran konflik Asia Barat boleh cetus risiko global luar jangka

U.N. High Commissioner for Human Rights Volker Turk speaks to the media during a stake out giving an update on the Middle East crisis, at the European headquarters of the United Nation in Geneva, Switzerland, Friday, March 6, 2026. (Salvatore Di Nolfi/Keystone via AP)
Volker Türk (foto) menyifatkan konflik yang semakin merebak itu sebagai situasi yang sangat mencemaskan dan sukar diramal, dengan kemampuan besar untuk mengheret negara-negara lain melangkaui sempadan serantau. -Gambar fail/AP

GENEVA: Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Türk, memberi amaran bahawa krisis di Asia Barat kini berada pada tahap yang amat berbahaya dan berpotensi mencetuskan risiko global yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Beliau menyifatkan konflik yang semakin merebak itu sebagai situasi yang sangat mencemaskan dan sukar diramal, dengan kemampuan besar untuk mengheret negara-negara lain melangkaui sempadan serantau.

“Satu-satunya jalan keluar yang terjamin bagi menghalang bencana ini daripada terus melarat adalah dengan menamatkan peperangan ini serta-merta.

"Saya menggesa semua negara, terutamanya pihak yang mempunyai pengaruh politik dan diplomatik besar, untuk melakukan segala yang termampu bagi mencapai matlamat tersebut,” kata Türk.

Menurutnya, krisis tersebut mempunyai kekuatan luar biasa yang mampu memerangkap banyak negara dalam kancah ketegangan yang sama, sekali gus meningkatkan kemungkinan tercetusnya ketidakstabilan global.

Türk turut menegaskan bahawa negara-negara di Asia Barat kini berada di ambang malapetaka besar memandangkan pertempuran yang memasuki minggu-minggu kritikal telah merosakkan infrastruktur tenaga dan mengakibatkan korban besar dalam kalangan orang awam.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB (OHCHR) sebelum ini memberi amaran bahawa serangan terhadap kawasan padat penduduk serta kemudahan tenaga semakin meningkat dan membawa implikasi kemanusiaan serta ekonomi yang serius.

 

Must Watch Video