Skip to main content

Dunia

Parti Law and Justice bentuk kerajaan Poland selepas menang pilihan raya

81697542438_PolishPresident.jpg
WARSAW: Presiden Poland Andrzej Duda berkata parti Law and Justice (PiS) yang diketuai Jaroslaw Kaczynski akan membentuk kerajaan selepas parti itu menang pilihan raya, lapor Sputnik.

Parti PiS memenangi pilihan raya parlimen pada 15 Oktober dengan memperoleh 35.38 peratus undi, namun hilang majoriti.

"Sudah menjadi kelaziman di Poland, parti yang menang akan membentuk kerajaan. Hakikat itu tidak boleh diubah. Inilah keputusan saya," kata Duda kepada pemberita.

-- BERNAMA

Must Watch Video