Skip to main content

Dunia

Parlimen Iran akan luluskan rang undang-undang gantung kerjasama dengan IAEA

41750677781_tbTheIranianflag.jpg
TEHRAN: Parlimen Iran merancang untuk meluluskan satu rang undang-undang bagi menggantung kerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) disebabkan pendiriannya yang bersifat politik, kata Speaker Mohammad Bagher Ghalibaf pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Kami di parlimen akan meluluskan satu rang undang-undang yang akan menggantung kerjasama Iran dengan IAEA sehingga kami memperoleh jaminan objektif terhadap tingkah laku profesional organisasi antarabangsa ini," kata Ghalibaf.

Beliau menegaskan IAEA gagal melaksanakan sebarang kewajipannya sebaliknya "menjadi alat politik."

--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI



TAG: Iran, rang undang-undang parlimen, IAEA, gantung kerjasama, Mohammad Bagher Ghalibaf



Must Watch Video