Skip to main content

Dunia

Pakatan Shinzo Abe menang pilihan raya Jepun

51355804309_295x200.jpg
Pakatan pemerintah Jepun yang dipimpin Perdana Menteri Shinzo Abe, dijangka menang majoriti kerusi dalam dewan tinggi Parlimen.

Tinjauan mendapati,  ia bakal menguasai 71 daripada 121 kerusi yang dipertandingkan.

Sekiranya pakatan pemerintah menang,  bermakna Abe akan menguasai kedua-dua dewan rendah dan dewan parlimen.

Ia kemenangan pertama pertama dalam tempoh enam tahun.

Kemenangan itu akan membolehkan parti  berkenaan mendapat mandat mudah untuk melaksanakan reformasi ekonomi dan politik.

Sebelum ini, ketiadaan majoriti dalam dewan rendah, menyukarkan parti pemerintah untuk meluluskan undang-undang baru.

Peningkatan sokongan ini dikaitkan dengan pendekatan reformasi Abe yang lebih konservatif.

Biarpun kemenangan ini sudah dijangka, ia dianggap sesuatui signifikan kepada Parti Liga Demokratik Liberal.

Abe jadi Perdana Menteri Disember lalu dan melancarkan pelan ransangan agresif, bagi meningkatkan eksport.

Must Watch Video