Skip to main content

Dunia

Nama suspek tembak jatuh MH17 akan didedahkan

61451883866_950x600.jpg
Menteri Luar Australia Julie Bishop memaklumkan, nama suspek yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine pada 2014 mungkin akan didedahkan akhir tahun ini.

Beliau dalam temubual bersama stesen television Australia (ABC) berkata pihak yang dipercayai bertanggungjawab terhadap insiden itu akan dibawa ke muka pengadilan.

Rabu lalu, pegawai penyiasat antarabangsa melaporkan penumpang MH17
ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia dari kawasan perkampungan anggota pemberontak Pro-Russia di Timur Ukraine.

Siasatan Moscow juga mendapati penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada Julai 2014  itu telah ditembak  oleh tentera Ukraine dan bukan puak pemisah.

Dalam pada itu, Bishop turut mencadangkan supaya tribunal yang menyerupai kes pengeboman Lockerbie pada 1988 diguna pakai terhadap kes tersebut.

Menurutnya, tribunal itu menjadi pilihan sekiranya Rusia menggunakan kuasa veto bagi menghalang cubaan menyiasat dengan lebih lanjut punca nahas berkenaan.

Must Watch Video