Skip to main content

Dunia

Myanmar beri pengampunan kepada 9,600 banduan

61690187975_CourtGavel.jpg
YANGON: Myanmar pada Khamis memberi pengampunan kepada 9,000 banduan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-76 negara itu, lapor Xinhua.

Banduan yang menerima pengampunan itu terdiri daripada 9,652 rakyat tempatan dan 114 warga asing.

Tahun lalu, seramai 7,012 banduan telah menerima pengampunan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-75.

Pada 1 Ogos 2023, Myanmar turut memberi pengampunan kepada 7,000 banduan sempena Hari Dhammacakka iaitu peristiwa penting bagi penganut Buddha yang jatuh pada bulan Waso lunar kedua dalam kalendar Myanmar.

-- BERNAMA




Must Watch Video