Skip to main content

Dunia

Menteri Israel dedah strategi serampang dua mata AS-Israel lemahkan keupayaan Iran

Former Jerusalem Mayor and Knesset member Nir Barkat speaks to reporters during an interview with Reuters at his home in Jerusalem, October 6, 2021. REUTERS/Nir Elias
Barkat (foto) menyatakan keyakinan bahawa kedua-dua pemimpin itu bertindak secara selari meskipun terdapat percanggahan kenyataan mengenai sama ada rundingan rasmi sedang berlangsung atau tidak. -Gambar fail/Reuters

BAITULMUQADDIS: Menteri Ekonomi Israel Nir Barkat mendedahkan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kini bekerjasama rapat dalam menguruskan hala tuju 'rundingan' dengan Iran.

Bercakap kepada penyiar awam Israel, Kan News, Barkat menyatakan keyakinan bahawa kedua-dua pemimpin itu bertindak secara selari meskipun terdapat percanggahan kenyataan mengenai sama ada rundingan rasmi sedang berlangsung atau tidak.

“Trump sedang berunding dengan mereka pada satu pihak, namun dalam masa yang sama beliau turut menggerakkan pasukan tentera ke Teluk Parsi,” ujar Barkat, menggambarkan strategi serampang dua mata yang diambil pentadbiran Washington.

Langkah tersebut dilihat sebagai usaha memberikan tekanan maksimum kepada Tehran bagi menerima syarat yang ditetapkan, sementara aset ketenteraan AS terus diperkukuh di rantau berkenaan sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan.

Barkat menegaskan bahawa sebarang perjanjian dengan Tehran mesti memastikan Iran tidak lagi mempunyai keupayaan nuklear atau ancaman ketenteraan, selain memberi kelebihan yang jelas kepada AS dan Israel.
 

Must Watch Video