Skip to main content

Dunia

200 pelajar di Surabaya keracunan selepas makan hidangan percuma

51749356554_KeracunanPoisoning.jpg
Mangsa dilaporkan mengalami gejala seperti pening kepala, loya dan muntah sejurus selepas menjamah makanan yang disediakan di bawah skim nasional tersebut. -Gambar hiasan

SURABAYA: Kira-kira 200 pelajar daripada 12 institusi pendidikan mengalami gejala keracunan makanan selepas menikmati hidangan percuma tajaan kerajaan di kawasan Tembok Dukuh, Surabaya, Isnin lalu.

Institusi terlibat termasuk tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah rendah.

Mangsa dilaporkan mengalami gejala seperti pening kepala, loya dan muntah sejurus selepas menjamah makanan yang disediakan di bawah skim nasional tersebut.

Insiden berlaku ketika program makanan percuma kerajaan Indonesia berdepan cabaran operasi.

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto sebelum ini mengakui program berkenaan menghadapi pelbagai masalah pelaksanaan.

Sejak dilancarkan pada Januari 2025, ribuan individu dilaporkan jatuh sakit dikaitkan dengan isu kebersihan makanan, sekali gus mencetuskan desakan agar program itu dikaji semula.

Selain isu kebersihan, program tersebut turut berdepan dakwaan salah laku dalam rantaian pembekalan bahan mentah.

Pihak berkuasa kesihatan Surabaya kini mengambil sampel makanan dari sekolah terjejas untuk ujian makmal bagi mengenal pasti punca pencemaran.

Siasatan terhadap pembekal makanan terlibat juga sedang dijalankan.

 

Must Watch Video