Skip to main content

Dunia

Media sosial 'alternatif Twitter', Bluesky perkenal logo baharu

51703404178_Bluesky.jpg
BLUESKY merupakan salah satu perkhidmatan sosial yang memposisikan diri sebagai alternatif kepada Twitter, dan menggunakan protokol AT yang memudahkan pengguna untuk membawa kandungan ke perkhidmatan lain secara mudah.

Sehingga ke hari ini, Bluesky masih kekal sebagai perkhidmatan yang boleh disertai dengan jemputan sahaja – dan belum dibuka kepada umum lagi.

Namun, hari ini dalam usaha menjadikan ia lebih mesra pengguna, Bluesky memperkenalkan sebuah logo baharu, berbentuk rama-rama.

Ini sekali gus menggantikan penggunaan logo awan, dan menjadikan ia sedikit menyerupai warna logo Twitter sebelum ini.

Dengan perkembangan baru ini, sama-sama kita nantikan apakah seterusnya untuk Bluesky, dan bagaimana ia akan mula menarik perhatian ramai dalam menggunakannya selepas ini. - Amanz 





Must Watch Video