Skip to main content

Dunia

Lukisan dicuri dari Galeri Negara Tretyakov Rusia ditemui semula

61548710147_ArkhipKuindzhi.jpg
Lukisan 'Ai Petri Crimea', yang dicuri dari Galeri Negara Tretyakov Rusia pada Ahad petang berjaya ditemui semula, kata Kementerian Dalam Negeri pada Isnin.

Seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kecurian itu, lapor agensi berita Xinhua.

Lelaki itu ditahan di Kampung Zarechye di wilayah Moscow, kata jurucakap kementerian Irina Volk.

Suspek kemudian memaklumkan kepada polis tempat lukisan terbabit disembunyikan iaitu di sebuah bangunan sedang dalam pembinaan di wilayah Odintsovsky.

Anggaran harga lukisan nukilan pelukis terkenal Rusia Arkhip Kuindzhi itu ialah US$1 juta.

-- BERNAMA







Must Watch Video