Skip to main content

Advertisement

Dunia

Lima dipukul sampai mati di tengah India, didakwa amal ilmu hitam

71726414563_TBMAPINDIA.jpg
NEW DELHI: Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.

Polis menahan lima orang berhubung melaksanakan hukuman bunuh ke atas mangsa tanpa perbicaraan di Daerah Sukma, lapor media tempatan.

Kejadian ini berlaku susulan pembunuhan empat anggota sebuah keluarga pada Khamis (12 September) di Daerah Balodabazar-Bhatapara di negeri itu yang didakwa menggunakan ilmu hitam.

Insiden keganasan kumpulan perusuh kerap berlaku di India dan orang ramai boleh dibunuh atas alasan remeh seperti mengamalkan ilmu sihir, mengangkut lembu atau memakan daging lembu.

Kementerian Dalam Negeri pada 2022 memberitahu Parlimen India bahawa Biro Rekod Jenayah Nasional (NCRB) tidak menyimpan data berasingan bagi kes pembunuhan oleh kumpulan perusuh.

-- BERNAMA


Must Watch Video