Skip to main content

Dunia

Lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani

71624723524_TBINDIARAPE.jpg
PATTANI: Seorang lelaki yang dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani, Selatan Thailand pada Isnin.

Ketua Polis Pattani, Mejar Jeneral Polis Pichawut Sanguansombat berkata polis menerima maklumat bahawa lelaki yang dipercayai anggota militan bersembunyi di hutan belukar di Kampung Sekmok di daerah Sai Buri.

Beliau berkata pasukan keselamatan mula mengepong hutan belukar itu sejak 7 pagi (waktu tempatan).

"Setelah hampir lima jam, pasukan keselamatan berjaya mengesan lelaki itu. Namun, lelaki itu mula melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan.

"Insiden berbalas tembakan berlanjutan hampir 10 minit. Apabila keadaan reda, lelaki itu ditemui maut di kawasan belukar itu. Pasukan keselamtan turut menemui sepucuk pistol jenis Revolver.38," katanya.

-- BERNAMA




Must Watch Video