Skip to main content

Dunia

Lawatan ke China diteruskan seperti dirancang, Trump jangka pertemuan ‘hebat’ dengan Xi

U.S. President Donald Trump and Chinese President Xi Jinping react as they hold a bilateral meeting at Gimhae International Airport, on the sidelines of the Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) summit, in Busan, South Korea, October 30, 2025. REUTERS/Evelyn Hockstein/File Photo
Trump berkata China telah memberikan manfaat besar kepada pentadbirannya. - Foto Reuters

LONDON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat berkata lawatan rasminya ke Beijing akan diteruskan seperti dirancang, sambil menjangkakan pertemuan “hebat” dengan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping.

Bercakap kepada pemberita di Washington, Trump berkata China telah memberikan manfaat besar kepada pentadbirannya dari segi ekonomi.

“Kami akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Xi. 

"Saya fikir ia akan menjadi pertemuan yang cukup hebat. Beliau sahabat saya. Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengannya selama ini,” kata beliau.

Trump dijadual mengadakan lawatan ke China pada 14 hingga 15 Mei bagi menghadiri sidang kemuncak bersama Xi, susulan pertemuan kedua-dua pemimpin di Korea Selatan tahun lepas.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video